News

MRS Sambut Baik Penubuhan Agensi Ekonomi Kreatif Sabah

Image
KOTA KINABALU – Music Rights Sabah Berhad (MRS) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri Sabah yang baharu di bawah pimpinan Ketua Menteri, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor serta barisan ahli kabinet yang telah dilantik.

Sebagai sebuah Organisasi Pengurusan Kolektif (Collective Management Organization – CMO) yang mentadbir dan mengurus hak cipta muzik etnik tempatan Sabah, MRS menyambut baik langkah Kerajaan Negeri dalam mewujudkan sebuah agensi berkaitan ekonomi kreatif menerusi Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif.

Menurut Pengarah Urusan MRS, Mohd Ashraf Abdullah, penubuhan agensi tersebut merupakan satu langkah strategik yang amat penting dalam memperkukuhkan ekosistem industri kreatif Sabah, khususnya dalam pembangunan muzik etnik tempatan ke arah pembentukan industri yang lebih tersusun dan berdaya saing.

“MRS melihat inisiatif ini sebagai satu peluang besar dalam mengangkat muzik etnik Sabah ke peringkat yang lebih profesional, sekali gus menjana nilai ekonomi kepada para penggiat seni tempatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
 

Dapatkan album digital disco remix dangdut sabahan sekarang di sini.

Image
Beliau turut menjelaskan bahawa golongan pencipta lagu, penulis lirik, penyanyi, pemuzik serta syarikat penerbit tempatan bakal menikmati manfaat secara langsung hasil pembentukan ekosistem industri yang lebih sistematik.

Sehubungan itu, beliau menegaskan komitmen MRS untuk menjadi sebahagian daripada usaha pembangunan ekonomi kreatif Sabah dan bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Kerajaan Negeri bagi memajukan industri muzik etnik tempatan.

“MRS akan terus memainkan peranan sebagai sebuah CMO yang bertanggungjawab dalam urusan kutipan dan pengagihan royalti muzik etnik tempatan selaras dengan aspirasi pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah,” tambahnya.

Beliau berharap kerjasama strategik antara kerajaan, penggiat industri dan organisasi berkaitan mampu membuka lembaran baharu kepada perkembangan sektor kreatif Sabah, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri secara mampan.

News Articles

Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2025 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account