
Putatan: Platform digital pemasaran Filem dan Muzik FH Cinema pada Jumaat mengumumkan untuk memberikan hadiah berupa wang ringgit sebanyak RM5,000.00 kepada penonton yang bertuah.
Selain menghargai sokongan penonton yang melanggan produk yang dipasarkan di FH Cinema (https://fhcinema.com.my), langkah ini adalah salah satu cara untuk membantu meningkatkan hasil jualan produk yang dipasarkan.
Menurut Pengasas dan Pengarah Urusan F Harmthon Production Sdn Bhd, Freddy Harmthon (FH), syarikatnya yang juga pengendali FH Cinema, akan terus menerus memastikan langkah untuk membantu pengkarya seni berjalan lancar sambil mencari dana untuk menjalankan pelbagai program kesenian.
“Banyak perancangan telah kita buat untuk mencapai visi kita. Selain daripada membantu para karyawan seni, dengan langganan produk ini akan mampu menjana peluang pekerjaan yang luas dalam sektor ini.
“Mungkin impaknya tidak nampak jika diri kita sendiri sahaja yang melanggan produk dengan hanya RM5 atau RM3 bagi satu filem, atau muzik. Namun jika sehingga ribuan orang yang menonton, ia pasti mempunyai impak yang cukup besar.
“Untuk tawaran dan promosi “Tonton dan Menang RM5,000.00 ini, sebanyak RM5,000.00 keseluruhan wang tunai akan diberikan kepada penonton yang bertuah, berdasarkan kepada cabutan tiket langganan mereka.
“Kita ada rekod langganan dan kita akan hubungi mana-mana penonton yang menjadi penonton bertuah,”ujarnya.
Dalam memastikan program ini berjalan lancar, FH turut mengalu-alukan sokongan daripada semua pihak terutama penggiat seni agar sama-sama mempromosi program ini demi kepentingan industri.
“Tanpa sokongan daripada semua pihak, perkara ini tidak akan memberikan manfaat kepada industri. Sama juga contohnya kita ada kemudahan kereta tetapi kita tidak guna, maka kereta itu juga tidak akan memberikan impak terhadap kehidupan kita.
“Jadi mari sama-sama mengembleng tenaga dalam memajukan industri seni kreatif di Negara ini. Banyak produk yang telah disediakan di dalam FH Cinema dan boleh pilih mana-mana filem atau muzik serta undian anugerah yang ada di dalam portal FH Cinema,”tambahnya.
Terdahulu FH dalam satu kenyataan media, ada menyatakan hasrat untuk menaja sejuta ringgit kepada pasukan bola sepak Sabah FC jika jualan produk di FH Cinema melebihi target yang telah ditetapkan, dan mendapat maklumbalas yang cukup positif daripada peminat pasukan itu.
“Bukan hanya bola sepak, kita juga berhasrat untuk menaja beberapa pihak yang memerlukan sumber kewangan dalam melakukan aktiviti. Perkara ini akan dimaklumkan kemudian setelah ada perbincangan bersama dengan pihak-pihak tersebut.
“Seperti yang saya maklumkan, kita juga akan mengadakan pelbagai program kesenian untuk menghargai usaha pengkarya agar terus berkarya seperti anugerah filem dan muzik. Namun perkara ini akan berlaku jika adanya sokongan padu daripada semua pihak dan langganan produk di FH Cinema sangat memberangsangkan,” katanya.
Sebagai rekod, sebanyak lapan filem, tiga album muzik, 91 filem yang menyertai festival filem, 119 muzik yang menyertai festival, dan 17 peserta yang mengikuti program anugerah model paling popular, yang boleh dilanggan dan termasuk dalam program “Tonton dan Menang RM5,000.00.
Cara langganan. Daftar dan log masuk ke laman web FH Cinema (https://fhcinema.com.my)
Langganan filem di sini: https://fhcinema.com.my/films?terms=&category%5B%5D=6
Langganan muzik di sini: https://fhcinema.com.my/music?terms=&category%5B%5D=7
Langganan filem festival di sini: https://fhcinema.com.my/films?terms=&category%5B%5D=5
Langganan muzik festival di sini: https://fhcinema.com.my/music?terms=&category%5B%5D=15
Undian model paling popular di sini: https://fhcinema.com.my/films?terms=&category%5B%5D=9
