News

FH Cinema terima pelajar Internship bidang perfileman

Image
Selepas menerima permintaan daripada pelajar Universiti dalam bidang perfileman untuk memohon menjalani latihan industri di syarikat Penerbitan dan Pengedaran Filem F Harmthon Production Sdn Bhd, Pengarah Urusannya Freddy Harmthon (FH) mencipta satu peluang kepada semua pelajar bidang perfileman fakulti atau Universiti seluruh Malaysia untuk menjalani latihan industri (Internship) di syarikat terbabit.

Menurut FH, langkah itu sejajar dengan usaha syarikatnya dalam membentuk satu empayar industri perfileman Negara yang mampan dan meningkatkan pendapatan kerajaan serta menjana peluang pekerjaan dalam bidang perfileman.

“Seperti yang kita tahu, tidak semua graduan mendapat peluang pekerjaan selepas tamat pengajian. Mereka juga turut terbeban dengan hutang pendidikan disamping tidak berpeluang untuk bekerja di dalam bidang yang diceburi.

“Oleh itu, dengan adanya program “Internship Student” yang kini di laksanakan oleh pihak kami, ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk menjana pendapatan selepas tamat pengajian.
Image
“Mereka juga tidak menghadapi kesukaran untuk mencari peluang pekerjaan, kerana sepanjang program latihan ini mereka dapat membentuk satu pasukan atau produksi.

“Saya sendiri akan membantu mereka secara bersemuka atau atas talian bagi pelajar yang berada di Semenanjung, Sarawak atau di luar Kota Kinabalu,” katanya.

Dalam program tersebut, semua pelajar akan diberikan peluang untuk membuat skrip, berlakon, bekerja di belakang tabir, mengarah filem dan membuat suntingan audio visual serta bekerja dalam satu pasukan, di samping memberikan pendedahan untuk membuat pemasaran sendiri.
 

tonton filem motif killer dengan hanya tiket RM 5 bagi satu tontonan. klik gambar untuk menonton

Image
 
“Jika kita ingin berada dalam bidang ini, kita tidak boleh memilih mana-mana posisi dan bekerja dalam satu pasukan.

“Apa yang kita tekankan dalam program ini adalah memastikan semua pelajar dapat ilmu tambahan dan tahu selok belok dalam bidang ini sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar.

“Apa yang paling penting sekali adalah, jika projek mereka dapat dijual, maka mereka juga akan mendapat pulangan dan sumber pendapatan daripada projek tersebut,”ujarnya,

Permohonan untuk menyertai program Internship di syarikat FH kini telah dibuka dan semua pelajar yang berminat boleh menghantar email ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Atau isi borang di sini:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeolbn5A1wPMquBJYPnL8vhz_49svd_Zj07VGo7HLIRvMlBsQ/viewform 

tonton filem motif killer dengan hanya tiket RM 5 bagi satu tontonan. klik gambar untuk menonton

Image

News Articles

Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2025 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account