News

Syarikat Pengedar Filem mahu taja sejuta ringgit untuk Sabah FC?

Image
Putatan: Satu kenyataan sebuah syarikat Penerbit dan Pengedar Filem mengenai hasrat untuk menaja pasukan bola sepak Sabah FC tular di media sosial pada Isnin mengundang persoalan warganet dan peminat bola sepak tempatan.

Dalam kenyataan itu, syarikat tersebut menzahirkan hasrat untuk menaja pasukan bola sepak Sabah FC sebanyak satu juta ringgit bagi membolehkan pasukan tersebut terus mengekalkan momentum yang terbaik dalam memburu kejuaraan di AFC dan meneruskan baki perlawanan Liga Super 2023.

Menurut Pengasas dan Pengarah Urusan syarikat tersebut Freddy Harmthon (FH) ketika dihubungi, hasrat untuk menaja pasukan tersebut sudah lama dirancang namun atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, telah menyebabkan hasrat tersebut belum dapat dilaksanakan.

“Hasrat ini belum dibincangkan bersama dengan pasukan Sabah FC, namun kita akan bincangkan perkara tersebut secara lanjut setelah beberapa langkah kita dapat laksanakan.

“Kini kita ada platform digital pemasaran filem dan muzik yang baharu diperkenalkan, dan banyak filem dan album muzik serta produk kini sedang kita pasarkan. Ini adalah kekuatan kita untuk menaja pasukan ini.

“Kita yakin dengan sokongan semua pihak yang cintakan hiburan dan sukan, hasrat ini pasti akan tercapai,” katanya.

Menurut FH, syarikatnya iaitu F Harmthon Production Sdn Bhd bakal menaja sebanyak sejuta ringgit kepada Sang Badak jika sekiranya langganan produk filem, muzik dan program, mencapai sasaran sebanyak dua juta langganan bermula 16 Oktober 2023 sehingga 31 Disember 2023.

“Selain membantu pasukan Sabah FC untuk mendapat dana, kaedah ini juga adalah sebagai langkah untuk menambah pendapatan pengkarya filem dan muzik yang kini sedang memasarkan karya masing-masing di laman sesawang FH Cinema, milik syarikat ini lalu mencipta peluang pekerjaan yang luas dalam bidang ini.

“Satu filem boleh dilanggan sebanyak RM 5 dan RM 3, manakala album boleh dilanggan sebanyak RM 5, dan program sebanyak RM 10 bagi satu langganan.

“Kita boleh pilih mana-mana produk untuk ditonton, termasuk undian bagi filem festival, anugerah muzik dan model paling popular.

“Saya tahu ramai yang mungkin tertanya-tanya sama ada betul atau tidak, pihak syarikat akan menaja sejumlah besar wang untuk pasukan ini. Saya beri jaminan jika sasaran jualan ini tercapai saya akan terus menghubungi pihak pengurusan Sabah FC untuk perbincangan.

“Apa yang penting adalah, pasukan ini bersemangat untuk meneruskan misi merangkul kejuaraan di mana-mana kejohanan,” tambahnya.

FH turut memaklumkan akan menaja pasukan ini di masa akan datang seandainya produk filem dan muzik yang kini sedang dipasarkan di platform digital FH Cinema mencapai tahap yang ditetapkan.

Sebagai rekod, FH Cinema adalah sebuah platform digital pemasaran filem dan muzik yang dikendalikan sepenuhnya oleh Syarikat Penerbitan dan Pengedaran, Filem dan Muzik F Harmthon Production Sdn Bhd. Mula beroperasi pada 15 Mei 2023, kini sebanyak lapan filem penuh, 91 filem yang kini bertanding dalam festival filem, dua album muzik, dan 119 buah lagu yang berentap dalam anugerah juara lagu FH Cinema, serta 17 model yang memerlukan undian untuk mendapat anugerah model paling popuar.

“Walaupun kita sasarkan sehingga 31 Disember 2023, namun jika sasaran tercapai awal daripada tarikh tersebut, kita akan tunaikan hasrat ini.

“Pihak saya juga sedang mengintai peluang untuk menaja satu lagi pasukan Sabah yang kini berada dalam saingan liga M3, dan perkara ini akan berlaku jika sambutan terhadap produk filem dan muzik di FH Cinema sangat memberangsangkan.

“Mari semua rakyat Sabah. Kita sama-sama menyokong usaha ini, dengan hanya melanggan produk yang ada dalam FH Cinema (https://fhcinema.com.my) dan mewar-warkan berita baik ini kepada rakan-rakan.

“Semoga usaha ini mendapat sambutan lantas membantu pasukan Sabah FC untuk terus mara ke hadapan dengan cemerlang,” katanya.

Untuk melanggan filem, daftar secara percuma dalam laman web ini dan log masuk serta tekan bahagian filem untuk langganan.
Klik di sini untuk langganan Filem:
https://fhcinema.com.my/films?terms=&category%5B%5D=6
Klik di sini untuk langganan filem yang mengikuti di festival:  https://fhcinema.com.my/films?terms=&category%5B%5D=5
Klik di sini untuk langganan event:
https://fhcinema.com.my/films?terms=&category%5B%5D=9
Klik di sini untuk langganan album muzik:
https://fhcinema.com.my/films?terms=&category%5B%5D=7
Klik di sini untuk langganan / undian anugerah muzik: https://fhcinema.com.my/films?terms=&category%5B%5D=15

“Setiap penaja pasti mempunyai kaedah dan cara tersendiri untuk membuat penajaan. Ada yang menaja barangan, wang ringgit, dan hak penyiaran. Sama juga dengan syarikat FHPSB, yang mana mempunyai cara tersendiri dalam memberikan tajaan.

“Jika pendapatan kita sangat memberangsangkan, tajaan tersebut juga mungkin lebih daripada itu.
“Semoga langkah ini memberikan kebaikan untuk kedua pihak lantas memajukan bidang sukan dan hiburan di negeri ini,” akhirinya.

News Articles

Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2025 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account