News

Joniston Lancar MTV FH Idol 2 dan FH Cinema

Image
Penampang – Majlis pelancaran album digital MTV FH Idol 2 berlangsung dengan penuh meriah, dirasmikan oleh YB Datuk Joniston Bangkuai, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah. Acara ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam industri kreatif Sabah, khususnya dalam bidang muzik dan filem, pada Sabtu.

Dalam ucapannya, Datuk Joniston menzahirkan penghargaan kepada F Harmthon Production Sdn Bhd atas usaha berterusan dalam membangunkan industri hiburan tempatan. Beliau turut menekankan bahawa FH Cinema, platform digital yang diperkenalkan oleh syarikat ini, mampu menjadi pemacu utama dalam memasarkan karya tempatan ke peringkat lebih tinggi. 
Image
"Industri kreatif adalah salah satu sektor penting dalam pembangunan ekonomi negeri Sabah. Dengan adanya platform seperti FH Cinema, kita bukan sahaja membantu penggiat seni tempatan, tetapi juga membuka peluang pekerjaan dan memperluaskan pasaran industri hiburan kita ke peringkat lebih luas.

"Saya percaya inovasi seperti ini mampu menjadikan Sabah sebagai hab kreatif yang berdaya saing," ujar Datuk Joniston.

Beliau turut menekankan kepentingan sokongan kerajaan dan sektor swasta dalam memperkukuhkan ekosistem kreatif tempatan.

"Saya menyeru agar lebih banyak pihak tampil untuk menyokong inisiatif seperti ini, kerana industri muzik dan filem adalah refleksi kepada budaya, identiti, dan aspirasi kita sebagai rakyat Sabah dan Malaysia.

"Dengan adanya platform seperti FH Cinema, kita mampu membawa kisah-kisah tempatan ke peringkat global, sekaligus memartabatkan warisan seni dan budaya kita," tambahnya.

 
Image

Sesi memperkenalkan 10 Penyanyi dalam album FH Idol 2

Joniston juga menzahirkan harapannya agar lebih banyak bakat muda dapat diketengahkan melalui program-program seperti FH Idol, serta produksi filem dan dokumentari yang mampu menonjolkan keunikan budaya dan keindahan negeri Sabah.

"Saya percaya dengan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh pihak produksi serta sokongan masyarakat, FH Cinema akan menjadi platform utama yang mengangkat industri kreatif Sabah ke peringkat lebih tinggi," ujar Joniston. 
Image
Menurut Freddy Harmthon, Pengarah Projek, FH Cinema dibangunkan setelah melihat industri kreatif menghadapi cabaran besar dengan peralihan daripada format fizikal seperti CD kepada era digital.

"Platform ini diharap dapat membantu penggiat filem dan muzik di negara ini memasarkan karya masing-masing secara digital serta menjana pendapatan dan peluang pekerjaan yang luas dalam industri seni kreatif.

"Projek album MTV FH Idol 2 pula menjadi landasan bagi memperkenalkan FH Cinema dengan lebih meluas, sekaligus meningkatkan hasil jualan filem dan album muzik yang dipasarkan di platform ini," katanya.
Image
Dalam program tersebut, model dan pengusaha lokasi pelancongan, termasuk para penaja yang terlibat, menerima sijil penghargaan yang disampaikan oleh Datuk Joniston.

"Penaja-penaja projek ini antaranya Karanahan View, Kota Belud; Borneo Ant House, Tuaran; Peak Of Hope, Tuaran; Jurassic Kiulu; Kokol Haven Resort; Kasih Sayang Hill Resort; Le-One Kokol Elf; Sinilou Kibambangan Water Park; The Iron Park; Mandalipau White Water View & Fish Pond; Noriz BeautySpa Beringgis, Papar; dan Labak Mook Siimpudu Undertaker (Program Pencarian Bakat).

"Selain itu, penaja makanan termasuk Bismillah Curry House, Likas; MD Jaya Trading; Telesforo Fernandez; dan Senin Din. Projek ini turut menerima dana di bawah Skim Dana Padanan, sebuah inisiatif Malaysia Madani yang disokong oleh MyCreative Ventures Sdn Bhd," katanya.
Image

Langgan album digital FH Idol hanya RM10

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Datuk Francis Landong (penyanyi legenda Dusun), pengarah filem Marc Abas, Chester Pang, Georery Giting, penerbit filem Watu Turu Papakang Jibik Linggi, serta Raymon @ Matlan Sukudat, Presiden Persatuan Penggiat Seni Rungus Sabah (PPSRS) & SCORE.

Menurut Freddy lagi, selepas kejayaan pelancaran ini, F Harmthon Production merancang beberapa inisiatif baharu untuk memperkukuhkan FH Cinema:
  • Anugerah FH Cinema – Pengiktirafan kepada penggiat seni kreatif yang memasarkan karya di platform ini.
  • Program Pencarian Bakat FH Idol 3 – Mencungkil bakat-bakat baharu dalam industri muzik.
  • Penerbitan filem dan dokumentari – Menghasilkan karya yang lebih berdaya saing.
  • Program kebudayaan & pertandingan fesyen – Memperkenalkan warisan seni dan budaya melalui kandungan kreatif.
Dengan pelbagai perancangan ini, FH Cinema diyakini akan menjadi platform utama yang mengangkat industri hiburan tempatan ke peringkat lebih tinggi.
 
Image

Nak rasa nasi beriani, masakah kari paling sedap? Bismillah Carry House, Likas adalah pilihan terbaik!!

Image

Ada masalah saluran air, paip, longkang tersumbat? jangan risau MD Jaya Trading boleh atur.

News Articles

Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2025 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account