
Nama Uyah kini menjadi tumpuan warga net dan penggiat seni di Sabah susulan kontroversi mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam penciptaan lagu. Dia didakwa mengambil lirik lagu sedia ada dan mengolahnya menjadi lagu baharu menggunakan teknologi AI. Isu ini mencetuskan perdebatan apabila lagu-lagu yang dihasilkan menjadi viral di YouTube, namun didapati mengandungi lirik yang melanggar Akta Hak Cipta 1987.
Laporan mendakwa bukan hanya satu, tetapi tujuh lagu telah diciplak sepenuhnya. Penyanyi dan komposer Benn Simon Bukag, yang turut menjadi mangsa dalam kes ini, berkongsi bahawa lagu-lagu yang terlibat termasuk:
- Nunu Salah Ku (sama lirik dengan Norubat Piginawaan oleh Ateng)
- Mihad Ihad (hampir sama lirik dengan Minihad Oku oleh Sitim Bandaron)
- Rinuol Do Langadon (sama lirik dengan Olingan Ku Nakatalib oleh Annie J Gipil)
- Upuson Ku Sogigisom (sama lirik dengan Ika Noh Songulun oleh Sekar Modusa)
- Magandad Korikatan Nu (sama lirik dengan Lunggui Katangaban oleh Jaidi Bading)
- Sumandak Ranau (sama lirik dengan Sumandak Tambunan oleh Meeda Hamzani)
- Noromuk Lansanku (sama lirik dan ditukar tajuk kepada Nosindualan, lagu asal Benn sendiri)
The Photographer By Marc Abas: https://fhcinema.com.my/films/course/the-photographer
AVAKAS By Marc Abas : https://fhcinema.com.my/films/course/avakas
Silence Of 177 by Marc Abas: https://fhcinema.com.my/films/course/silence-of-the-177
Uyah Pertahan Diri, Bakal Failkan Saman
Dalam satu hantaran di media sosial X, Uyah menegaskan bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang mengeluarkan komen fitnah dan mengaibkannya secara terbuka.
“Tunggu saya kumpulkan semua tangkapan skrin komen di media sosial. Saya akan failkan saman kepada akaun-akaun yang mengeluarkan komen jelek dan mengaibkan saya,” tulisnya.
Walaupun tidak dinyatakan secara langsung tentang kenyataan tersebut merujuk kepada kontroversi yang sedang melanda, namun apa yang pasti ruangan komen hantaran itu dipenuhi dengan pelbagai reaksi, yang merujuk kepada isu tersebut.
Seorang pengguna X, Jutin, menyatakan: “Jangan saman sikit, kasi kaw-kaw punya. Ada segelintir artis Sabah yang suka berlagak seolah-olah diorang saja pandai berkarya.”
Sementara itu, seorang lagi pengguna, Muhammadsyafikhaikal, menulis: “Tidak perlu layan, sis. Orang ulu tidak tahu apa maksud AI creator.”
Sementara itu, seorang lagi pengguna, Muhammadsyafikhaikal, menulis: “Tidak perlu layan, sis. Orang ulu tidak tahu apa maksud AI creator.”
Konflik Dengan Benn Simon Bukag
Dalam hantaran lain, Uyah turut menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap teguran yang dibuat oleh Benn mengenai isu penciplakan lirik lagu. Uyah mendakwa bahawa dia telah memadam video yang didakwa menciplak, namun Benn masih terus mengkritiknya secara terbuka di media sosial.
“Oleh kerana hantaran ini belum dipadam, maka saya akan pin kenyataan saya mengenai penjelasan sebelum ini. Kalau mahu saya turunkan hantaran saya, kita sama-sama perlu lakukan perkara yang sama. Video yang kamu claim sudah saya turunkan, tetapi kamu masih bercakap tentang perkara ini. Seolah-olah kamu tidak menerima permohonan maaf saya dan tidak mahu berdamai,” ciapnya.
Dia turut menutup kenyataan dengan mesej berbentuk keagamaan: “Semoga Tuhan Yesus memberkatimu dan keluargamu dengan belas kasih.”
Kes Impak Besar Kepada Industri Muzik Sabah
Kes ini memberi impak besar kepada industri muzik Sabah, khususnya dalam konteks penggunaan AI dalam penghasilan karya seni. Isu hak cipta dan etika dalam penciptaan muzik kini menjadi perbincangan utama dalam kalangan penggiat seni. Perkembangan lanjut kes ini pasti akan terus menarik perhatian ramai, khususnya apabila Uyah mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwanya memfitnahnya.
Sehingga kini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berkaitan tindakan undang-undang yang bakal diambil Uyah. Namun, isu ini menjadi satu titik penting dalam perbincangan mengenai hak cipta dan penggunaan teknologi AI dalam industri muzik tanah air.



