
Sepuluh lokasi menarik di Sabah dan sebuah pusat kecantikan dipilih untuk dijadikan destinasi pelancongan dalam program Jom Melancong Ke Sabah, sempena penerbitan album digital Muzik TV FH Idol ii.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengarah Syarikat F Harmthon Production Sdn Bhd, Freddy Harmthon (FH) di ruangan Facebook rasmi syarikat penerbitan filem dan muzik tersebut petang tadi.
Dalam kenyataan tersebut, lokasi yang terlibat antaranya;
1. Karanahan View, Kota Belud.
https://www.facebook.com/profile.php?id=100043347202509
2. Borneo Ant House, Tuaran.
https://www.facebook.com/@borneoanthouse
3. Peak Of Hope, Tuaran.
https://www.facebook.com/peakofhope
4. Jurassic Land Kiulu
https://www.facebook.com/jurassiclandkiulu
5. Kokol Haven Resort, Kokol Menggatal
https://www.facebook.com/kokolhavenresort
6. Kasih Sayang Hill Resort, Kokol Menggatal
https://www.facebook.com/KasihSayangHillResort
7. Le-One Kokol Elf Menggatal
https://www.facebook.com/KOKOLELF
8. Sinilou Kibambangan Water Park, Penampang
https://www.facebook.com/SKWP0117
9. The Iron Park, Penampang
https://www.facebook.com/profile.php?id=61559722392023
10. Mandalipau White Water View & Fish Pond, Papar.
https://www.facebook.com/picnic.camping.fishingpond
11. pusat kecantikan Noriz SPA Beauty Beringis. Papar.
https://www.facebook.com/Kakanorizs
1. Karanahan View, Kota Belud.
https://www.facebook.com/profile.php?id=100043347202509
2. Borneo Ant House, Tuaran.
https://www.facebook.com/@borneoanthouse
3. Peak Of Hope, Tuaran.
https://www.facebook.com/peakofhope
4. Jurassic Land Kiulu
https://www.facebook.com/jurassiclandkiulu
5. Kokol Haven Resort, Kokol Menggatal
https://www.facebook.com/kokolhavenresort
6. Kasih Sayang Hill Resort, Kokol Menggatal
https://www.facebook.com/KasihSayangHillResort
7. Le-One Kokol Elf Menggatal
https://www.facebook.com/KOKOLELF
8. Sinilou Kibambangan Water Park, Penampang
https://www.facebook.com/SKWP0117
9. The Iron Park, Penampang
https://www.facebook.com/profile.php?id=61559722392023
10. Mandalipau White Water View & Fish Pond, Papar.
https://www.facebook.com/picnic.camping.fishingpond
11. pusat kecantikan Noriz SPA Beauty Beringis. Papar.
https://www.facebook.com/Kakanorizs
“Pemilihan lokasi ini adalah, untuk menghargai sokongan padu mereka sepanjang penggambaran muzik TV yang telah dibuat di lokasi-lokasi terbabit baru-baru ini.
“Selain itu, kaedah ini adalah salah satu cara kami untuk membantu mempromosikan lokasi pelancongan di Sabah terutama tempat ini agar lebih dikenali.
“Apa yang kami buat dalam program ini adalah, pihak Syarikat akan menaja tiket percutian dan termasuk rawatan wajah kepada mereka yang melanggan album digital Muzik TV FH Idol ii melalui platform digital FH Cinema.
“Pemenang bagi tiga destinasi seperti Kokol Haven Resort, Kasih Sayang Hill Resort dan Karanahan View berpeluang tidur satu malam dan menikmati keindahan yang ada di sana bersama pasangan.
“Di lokasi lain pula, pihak kami akan menaja tiket masuk termasuk permainan yang ada di tempat terbabit.
“Bagi melayakkan mereka untuk mendapat tiket berkenaan, mereka perlulah membeli album dengan hanya RM25 sahaja dan menjawab beberapa soalan kuiz yang mudah. Sesiapa yang dapat menjawab dengan tepat bagi semua soalan akan menjadi pemenang.
Sedutan album digital Muzik TV FH Idol ii
“Seorang pemenang hanya akan mendapat satu tiket daripada 11 lokasi yang ditawarkan.” Katanya ketika dihubungi.
Tambahnya lagi, program tersebut akan berlangsung selama lebih kurang satu bulan yang mana, akan tamat pada 31 Disember 2024.
“Apa yang kita harapkan dalam program ini adalah supaya album ini mendapat sambutan daripada peminat lagu tempatan Sabah dan sekali gus memperkenalkan platform digital FH Cinema sebagai gedung pemasaran digital filem dan muzik Asia, serta membantu mempromosi lokasi menarik di Sabah.
“Kita tidak akan berhenti di sini kerana banyak lagi lokasi menarik di Sabah yang perlu diperkenalkan kepada umum dan kita akan buat pelbagai aktiviti untuk itu,” ujarnya.
Album digital Muzik TV FH Idol ii adalah salah satu inisiatif Malaysia Madani dalam Skim Dana Padanan MyCreative di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital, dan disokong oleh MyCreative Ventures. Album tersebut juga kini sedang dipasarkan di platform digital FH Cinema dengan harga RM25 yang mana, dalam bentuk Muzik TV dan karaoke.
“Hanya dengan melanggan album yang berharga RM25, peluang untuk melancong dengan kos RM50 hingga RM500 secara percuma terhidang di depan mata.
“Jadi rebutlah peluang ini. Sambil menyokong lagu-lagu tempatan kita, sambil kita mencuba nasip untuk menjawab soalan mudah yang akan boleh dijawab selepas menonton muzik TV tersebut,” akhirinya.

