News

Penayangan Filem Namatai disambung seminggu - Marlin Brando

Image
Sungguhpun dihujani dengan pelbagai kritikan negatif pelbagai sudut, penayangan Filem Namatai di Pawagam disambung sehingga satu minggu lagi.
Perkara ini dimaklumkan oleh Pengarah filem Namatai, Marlin Brando dalam satu kenyataan.
 
Mengulas lanjut mengenai dengan kritikan pedas yang dilemparkan terhadap filem kontroversi ini, beliau hanya memohon sokongan kepada semua untuk menonton filem tersebut.
 
“Saya sangat menghargai pandangan ini yang sudah tentunya menjadi cermin untuk saya bekerja lebih keras agar dapat buat yang lebih baik di masa depan,” ciapnya dalam satu kenyataan di Facebook.

Tonton filem di FH Cinema dan menang RM50,000.00. klik gambar untuk menonton filem di FH Cinema

Image
Dalam kenyataannya itu, ramai pengikut Facebook dan rakan-rakan seni turut memberikan kata-kata semangat terhadap beliau, dan tidak kurang juga yang mengkritik cara Karyawan Square membuat kenyataan di media sosial.
 
“Tiada yang sempurna di percubaan pertama - apatah lagi dengan pelbagai limitasi. Yang pasti, saya dapat melihat kesungguhan dan semangat team produksi di layar. Terus membikin,” pengguna Facebook Azharul Azmir Kamarulzaman.
 
“Saya sudah tengok filem Namatai. Apa yang saya mau cakap adalah ‘well done’. Kritikan itu biasa, take positif tuan,” pengguna Facebook Qammal Maidi.
Image
Dalam pada itu, turut memberikan komen di ruangan tersebut antaranya Pelakon filem Namatai Lucilla Anggun.
 
“Saya mahu tengok karya orang yang bagi komen tu. Filem arahan dia sudah berapa. Pungutan berapa. Mahu belajar dari dia bah. Apa-apa pun terima kasihlah atas pandangan yang teramat bernas ini,” ciapnya.
 
 “It okay bang, we support you always. Kita tidak boleh berharap komen baik saja didengar, kena sediakan mental dan fizikal yang kuat untuk menerima. Saya yakin abang berpengalaman dalam menangani komen buruk netizen dan media. Komen ini lah yang menaikkan lagi hasil kerja seni Sabah. Never give up bang. Start Nyetta follow abang, memang berusaha naikkan industri perfileman Sabah. Congratulations and teruskan, tanpa Pengarah siapalah pelakon yang berusaha memegang watak tersebut. Say thank you kepada mereka yang memberi pendapat masing masing,” kata Penyanyi Bennyetta Muneh.
 

Langgan album Sodop Pitongkiadan dan menang cabutan tiket bertuah RM50,000.00. klik gambar untuk langganan

Image
“No body perfect tuan, setiap sesuatu mesti ada kelemahan filem. Negara barat yang sudah lama dalam industri perfileman pun masih ada kritikan kita dengar. Apa yang penting, ada permulaan dan harus di teruskan. Tahniah tuan,” pengguna Facebook Xan Bin Mohd.
 
“KS - boleh saja buat pandangan, komen tetapi halusi bahasa. Guna ungkapan komen yang berkrisma dan berintipati, memperbetulkan jika ada kelemahan dan kekurangan dalam sesuatu filem yang di tayangkan. Be professional,” Pengguna Facebook FJessie Johannes. 

Tonton filem AVAKAS dan menang cabutan tiket bertuah RM50,000.00. klik gambar untuk menonton

Image
Penyanyi Janrywine J. Lusin Jjl dalam komennya turut menyarankan agar Marlin menerima komen tersebut secara positif dan berterima kasih atas pendangan yang diberikan.

“Ada teguran adalah lebih baik daripada tiada sebarang teguran, komen, kritik langsung. Ia umpama seseorang telah menunjukkan jalan dan arah yang harus dilalui,” ciapnya.

Dalam ruangan komen, Marlin turut berterima kasih kepada semua yang hadir memberikan kata semangat kepada beliau dan bersyukur kerana filem Namatai terus ditonton.

“Semoga Namatai tidak berakhir di Cinema sahaja tapi ada saluran lain untuk tayangkan namatai,” akhirinya.
 

News Articles

Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2025 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account