QoFHM: Pengalaman di pentas akhir beri kesan yang mendalam - Julima

Image
By: Sianjey Steven
Julima Ambingau yang merupakan salah seorang pemenang Queen Of FH Media  2023 turut meraih gelaran International FH Media 2023 dan Lady's Of Talent pada kemuncak pertandingan Queen Of FH Media 2023 baru- baru ini.
 
Beritahunya ketika dihubungi, berkat usaha dan pengorbanan yang dilalui, dia merasa puas hati dengan kemenangannya itu.
 
"Perasaan teruja, gembira dan terharu yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, saingan terlalu sengit kebanyakan peserta jauh lebih muda daripada saya dan masih ada yang belum berkahwin.
 
"Walau pun demikian, saya mampu sebaris dengan mereka dan berjaya meraih dua anugerah, saya bersyukur sangat kerana berjaya sampai ke tahap itu," katanya.
 
Menurutnya lagi, tiga hari sebelum pertandingan, dia mengalami masalah tentang persediaan baju tema unik.
 
"Syukur sahaja jurusolek saya iaitu Feeza membantu saya untuk mendapatkan pereka busana yang baharu.
 
"Pengalaman dan kenangan sepanjang pentas akhir sangat memberi kesan yang mendalam untuk saya, kerana berpeluang mengenali rakan baharu dan melihat komitmen para peserta yang sungguh mengharukan.
 
"Dengan semangat itu saya pasti akan kembali semula dan memperbaiki kelemahan diri dalam bidang 'Pageant' bagi meraih gelaran 'Grand Winner' di masa akan datang.
 
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada FH Production atas peluang yang diberikan, harapan saya semoga suatu masa nanti akan dapat bekerjasama semula," katanya mengakhiri bicara.
Image

Contact Info

fhcinema79@gmail.com

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2026 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account