
By: Joy Bruno
Jamilah @Yoyong Jukin, salah seorang pemenang Queen Of FH Media 2013 (QoFHM) mempunyai pendapat sendiri tentang bagaimana untuk meraih undian penonton atau juri jika ingin memenangi pertandingan.
Menurutnya, semua peserta sudah mengetahui syarat pertandingan dan mereka perlu bijak serta berusaha bersungguh -sungguh mempamerkan kemampuan diri dari segi bakat, disiplin diri dan kepintaran untuk mencapai sasaran masing-masing terutama undian atas talian.
"Saya tidak ada apa- apa komen tentang cara pengundian pada malam itu kerana masing- masing sudah mengetahui terma dan syarat pertandingan.
"Dan semasa menyertai QoFHM, saya tidak meletakkan harapan yang tinggi tetapi apabila diumumkan sebagai salah seorang pemenang sudah tentu saya merasa gembira dan terharu kerana semua itu di luar jangkaan saya.
"Tentang kemenangan rakan seperjuangan iaitu Rinnie, saya tidak ingin mempertikaikan kerana dia telah berjaya mencapai syarat undian awam yang diletakkan oleh penganjur iaitu calon harus mencapai 2k undian awam," kata Yoyong ketika dihubungi.
Pemenang yang meraih tempat ketiga dan menerima anugerah gelaran Lady's Of Sensational ini turut memberi pendapatnya tentang isu viral seorang peserta yang menggunting selempang kerana tidak puas hati dengan berkata ianya bukanlah cara yang terbaik di mata netizen.
"Cara sedemikian tidak baik kerana secara tidak langsung, dia mempamerkan keburukan dan menjatuhkan reputasi maruah sendiri sebagai seorang peserta atau pun calon yang telah dianugerahkan gelaran.
"Kalau bagi saya pula, saya berpuas hati dan akan berusaha lagi buat yang lebih baik untuk pertandingan akan datang.
"Terima kasih banyak kepada FH Production kerana memberi saya peluang menyertai pertandingan itu," akhirinya.
