By: Joy Bruno
"Saya berasa bersyukur dan gembira sangat- sangat di atas kemenangan yang lalu di mana saya berjaya meraih gelaran Winner Tourism FH Media 2023, mungkin ini rezeki yang telah Allah tentukan.
"Memang kami para peserta sedia maklum, undian berpandukan 40 peratus juri awam dan 60 peratus pula melalui juri profisional, mana- mana peserta yang mempunyai undian atas talian tertinggi dikira pemenang," kata Dewi yang mewakili Kota Kinabalu semasa pertandingan Queen of FH Media 2023 yang lalu.
Namun begitu, Dewi menyatakan dia dan rakan - rakan lain merasa sedikit keliru dan tertanya- tanya tentang kedudukan juara iaitu Rinnie pada peringkat separuh akhir.
"Kami sedikit keliru kerana pada peringkat separuh akhir, Rinnie tidak termasuk dalam 10 teratas sedangkan undian online dia paling tinggi, adakah undian juri 60 peratus itu boleh mengatasi peratus undian atas talian.
"Bagaimana pun keputusan juri adalah muktamad, kami turut berasa gembira di atas kemenangan dia, dan bercakap tentang salah seorang peserta yang bertindak menggunting selempang kerana tidak puas hati, sepatutnya dia tidak berbuat begitu.
"Tengok juga lah berapa undian kita sendiri dan berada di tangga keberapa, harus faham siapa yang memiliki undian tertinggi, sudah pastilah dia di kira sebagai pemenang," katanya.
Menurut Dewi lagi, walaupun tidak berjaya meraih juara tetapi dia tetap akan menyertai lagi pertandingan seumpamanya pada masa hadapan.

"Jika tidak ada aral yang melintang, insyallah saya akan sertai lagi kerana saya merasa platform FH Production ini membantu untuk memperkenalkan peserta Queen pada umum dan di media- media," akhirinya.
Semasa pertandingan QoFHM 2023 lalu, Dewi juga meraih dua gelaran iaitu Lady's Of The Night 2023 dan Lady's Of Congeniality 2023.