
By:Joy Bruno
"Saya masih percaya pada diri sendiri dan menganggap ini adalah kemenangan hasil usaha saya sendiri kerana bukan sekadar satu tetapi saya meraih dua anugerah di mana ia antara anugerah yang amat di tịtịk berat kan dalam setiap pertandingan peragaan," demikian kata Nadhirah Rusli atau mesra dengan panggilan Nera ketika ditanya tentang pencapaian yang diraihnya pada pertandingan Queen Of FH Media ( QoFHM) 2023 lalu.
Nera merupakan satu- satunya peserta dari Kuala Lumpur yang berjaya meraih dua anugerah iaitu Lady's Of Best Catwalk 2023 dan Lady's Of Best Model 2023.
Menurutnya lagi dia setuju dan tidak mempersoalkan kemenangan rakan seperjuangan iaitu Rinnie yang berjaya meraih tempat pertama.
"Pada pandangan saya, jika saya bertanding di tempat saya sendiri pun, pasti saya juga mampu menyandang gelaran sebagai 'Grand Winner' kerana syarat pertandingan ini adalah berasaskan kepada sokongon pengundi.
"Jika acara ini dilangsung kan di negeri asal saya sendiri, tidak mustahil juga saya mendapat sokongan dari penyokong saya ketika acara berlangsung jadi saya ambil ini sebagai pengalaman dan pengajaran kepada diri saya untuk lebih maju.
"Syukur yang teramat sangat kerana seusai pertandingan QoFHM, saya telah dihubungi oleh salah satu agency model.
"Saya diberi peluang untuk memperkenalkan diri serta bakat saya, daripada pertandingan sebegini sememangnya ada dalam agenda diary saya, Secara am saya masih tidak pasti sejauh mana saya akan berkolaborasi bersama agency tersebut, akan tetapi saya jadikan ini sebagai salah satu cara untuk saya serlahkan kemampuan diri dan bakat yang saya ada," katanya ketika dihubungi.
Secara jujur Nera berpendapat, untuk undian melalui atas talian, ianya lebih memberikan peluang kepada peserta yang kurang potensi diri untuk terus berada dalam pertandingan hingga ke pusingan akhir berbanding dengan peserta yang lebih layak bertanding secara tulen.
Tular isu hangat seorang peserta yang tidak puas hati di media sosial, dia turut memberi sedikit komen berkenaan perkara tersebut.
"Untuk menjadi inspirasi wanita, tidak seharusnya ada perlakuan sebegini, percaya apa yang baik datangnya dari yang mencipta, yang buruk dari diri sendiri.
"Segala masalah patut dibawa berbincang terlebih dahulu dan sikap begini tidak harus merasa bangga untuk dipertontonkan kepada orang ramai," katanya lagi.
Tidak ingin berada pada takuk yang sama, Nera berhasrat untuk terus bersaing dalam apa jua pertandingan jika ada kesempatan kerana dia sentiasa ingin memberi peluang pada dirinya dan percaya akan kebolehan diri.
"Seperti yang saya pernah katakan pada temuramah terdahulu bahawa saya akan terus mengikuti mana- mana pertandingan jika ada kesempatan, maka saya masih berpegang pada pendirian itu," katanya dihujung bicara.
