Setuju atau tidak keputusan tidak boleh diubah - Noreini JJ

Image
By: Joy Bruno
Jika dilihat kelincahan ketika menyerlahkan bakatnya dalam nyanyian dan keyakinannya ketika menjawab soalan dari pengacara majlis, ramai penonton meneka dia adalah salah seorang peserta yang bakal merangkul kemenangan pada malam pertandingan Queen Of FH Media 2023 yang lalu.

Tekaan tersebut memang benar kerana wanita bernama Norainie JJ ini berjaya meraih tiga anugerah iaitu Lady's Of Popular 2023, Lady's Of Best Evening Gown 2023, dan Lady's Of Confident, serta merupakan salah seorang pemenang dengan meraih gelaran Global Beauty FH Media 2023.

Norainie ketika dihubungi berkata, dia sangat bersyukur dan gembira kerana berpeluang menjadi salah seorang pemenang pada malam itu.

Walau tidak dinobatkan sebagai juara keseluruhan tetapi dia redha kerana keputusan di tangan juri dan melalui undian atas talian yang tidak mungkin dapat diubah.

"Setuju atau tidak keputusan tetap tidak boleh di ubah, saya redha dengan apa saja keputusan.

"Bagi saya cara undian dan penjurian pada malam itu sebenarnya bagus, ianya supaya peserta berpeluang menambah markah kerana 40 peratus daripada undian akan ditambahkan dengan 60 peratus markah juri," katanya.

Ketika diajukan soalan tentang isu menggunting selempang kemenangan, dia mengakui tidak salah jika tidak berpuas hati tetapi perlu disalurkan dengan cara yang betul.

"Ya, saya telah membaca perkongsian daripada rakan- rakan mengenai kejadian tersebut, bagi saya, sebagai seorang yang profisional dalam bidang peragaan, harus lah berfikir dahulu sebelum melakukan tindakan tersebut.

"Tindakan ini akan memberi kesan yang negatif kepada diri sendiri dan juga orang lain, tidak salah jika tidak berpuas hati tetapi harus lah salurkan di tempat yang betul sebagai contoh terus berjumpa dengan penganjur supaya segala persoalan atau rasa tidak puas hati terjawab tanpa memalukan mana- mana pihak yang terlibat," katanya lagi.

Sebelum menutup bicara, Norainie turut memberitahu hasratnya untuk berehat sekejap dalam mana- mana pertandingan kerana ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada anaknya yang bakal meduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

"Saya akan berehat buat sementara waktu untuk memberi tumpuan kepada anak saya yang akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi dan saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada rakan seperjuangan iaitu Nera kerana telah dilamar menjadi model.

"Platform FH Production ini sangat membantu peserta untuk menonjolkan diri di depan umum," katanya mengakhiri perbualan.
Image

Contact Info

fhcinema79@gmail.com

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2026 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account