
By: Joy Bruno
Norafidah Zamamin yang merupakan pemenang untuk Culture Queen Of FH Media 2023 sekali gus meraih Anugerah untuk Lady's Of Solidarity 2023 pada malam pertandingan Queen Of FH Media 2023 menyatakan rasa puas hatinya apabila Rinnie dinobatkan sebagai juara.
Menurutnya, sedari awal memang sudah diketahui bahawa rakannya itu mempunyai undian paling tinggi diantara semua peserta.
"Saya sangat berpuas hati apabila keputusan diumumkan dan memihak kepada Rinnie kerana semua sedia maklum dia dari awal mendahului undian peserta lain.
"Dari awal pertandingan, memang saya rapat dengan Rinnie kerana dia sering memberi kata- kata semangat, apalagi sebelum keputusan diumumkan, dia jugalah yang paling banyak memberi kata- kata positif dengan menyatakan bahawa kami sememangnya pemenang," katanya ketika dihubungi.
Menurut Nora lagi, undian berdasarkan 40 peratus secara atas talian dan 60 peratus lagi melalui juri adalah perkara biasa dilakukan dalam setiap pertandingan peragaan.
"Undian atas talian adalah bertujuan meraih undi dari orang ramai melalui platform media sosial, seharusnya gunakan peluang tersebut sebaik mungkin.
"Saya sudah mengikuti pertandingan seumpamanya sebanyak empat kali dan rata- rata cara pengundian adalah sama, apa pun keputusan kemenangan adalah dari usaha kita sendiri, ada di antara pengundi kita kenal dan ada juga yang tidak dikenali.
"Saya sangat teruja dengan program seperti ini dan jika berpeluang, saya pasti akan sertai lagi event ini pada tahun hadapan dan tidak akan berputus asa selagi belum mendapat gelaran juara.
"Pastinya saya akan lakukan yang terbaik sesuai dengan pengalaman yang saya timbah selama beberapa kali menyertai pertandingan," katanya lagi.
Ketika ditanya tentang seorang peserta yang tidak berpuas hati dengan keputusan pada malam pertandingan sehingga sanggup menggunting selempang dan membuat 'Live' sambil memburuk- burukkan pihak penganjur, Nora berkata ianya bukan sikap seorang yang profisional.
"Sebagai seorang yang bergelar model, menjaga sikap dan berdisiplin itu sangat penting, saya sangat sedih bercampur geram kerana bukan senang untuk mendapatkan anugerah tersebut dalam satu- satu pertandingan.
"Saya sendiri pernah mengalami pengalaman tidak mendapat satu pun anugerah padahal saya memiliki undian tinggi pada masa itu.
"Tetapi saya tidak sedikit pun merasa kecewa sehingga membuat perkara yang boleh memalukan diri sendiri, bukan kah kalah atau menang itu adat pertandingan, hormatilah keputusan yang diberi.
"Cuba lah hormati penganjur, hormati diri sendiri, hargai apa pun anugerah yang diberi, besar atau kecil hadiah yang kita dapat, setakat itu sahajalah kemampuan kita dan tanpa penganjur juga kita bukan modal, bukan finalis dan bukan siapa- siapa dalam pertandingan itu," akhirinya.
