
By: Joy Bruno
"Jujur saya katakan, saya tidak boleh paksa juri atau orang lain untuk memilih dan undi saya, itu adalah pilihan masing- masing, apa yang penting saya cuba buat yang terbaik," kata pemenang yang meraih gelaran Global Universe FH Media 2023 iaitu Helen Acain Sanchez dalam pertandingan Queen Of FH Media 2023.
"Jujur saya katakan, saya tidak boleh paksa juri atau orang lain untuk memilih dan undi saya, itu adalah pilihan masing- masing, apa yang penting saya cuba buat yang terbaik," kata pemenang yang meraih gelaran Global Universe FH Media 2023 iaitu Helen Acain Sanchez dalam pertandingan Queen Of FH Media 2023.
Helen yang sependapat dengan Rennie mengakui kalah atau menang semasa pertandingan memang tidak dapat dinafikan dan sebagai peserta harus bersedia menerima apa pun keputusan yang diberi.
Kerana itu, dia cuba buat sebaik mungkin kerana tidak mahu menyesal dengan peluang yang diberi.
"Keputusan 60 peratus memang daripada juri tetapi harus difahami kerana pemilihan juga berdasarkan 40 peratus undian atas talian dari orang ramai.
"Seharusnya cubalah raih undi sedari awal agar keputusan undian tidak corot dan tidak ada timbul rasa tidak puas hati di hujung pertandingan.
"Saya akui, saya memang tidak ada pengalaman dalam bidang ini, apa pun pengalaman baik yang saya perolehi sepanjang pertandingan, akan saya serap untuk buat lebih baik pada masa akan datang," katanya.
Helen yang juga menerima dua anugerah pada malam itu iaitu Lady's Of Best Unic Costume 2023 dan Lady's Of Diligent 2023 turut menyatakan hasratnya untuk menyertai lagi pertandingan seumpamanya pada masa akan datang.
"Jika tuhan mengizinkan, sudah tentu saya akan menyertai lagi pertandingan sebegini untuk suka- suka sambil menimbah pengalaman.
"Hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan dengan benda yang tidak berfaedah dan saya ingin menikmati kehidupan ini dengan mempelajari serta melakukan perkara yang saya sukai.
"Jika sepanjang pertandingan, saya ada menyinggung atau menyakiti hati rakan- rakan seperjuangan, di sini saya mengambil kesempatan untuk memohon kemaafan," akhirinya.
