
By: Joy Bruno
Rennie Masuma yang berjaya mengalahkan 16 peserta sempena pertandingan Queen Of FH Media (QOFHM) baru- baru ini merasa gembira di atas kemenangan yang diraihnya.
Rennie Masuma yang berjaya mengalahkan 16 peserta sempena pertandingan Queen Of FH Media (QOFHM) baru- baru ini merasa gembira di atas kemenangan yang diraihnya.
Menurutnya ketika dihubungi, kalah atau menang memang adat pertandingan dan jika ada yang tidak berpuas hati, itu adalah lah hak mereka kerana masing- masing peserta di nilai melalui kemampuan sendiri.
"Saya sangat gembira di atas kemenangan itu, walaupun tidak meletakkan kemenangan sebagai keutamaan kerana saingan memang sengit dari peserta lain.
"Terserah kepada setiap individu untuk berkata apa pun jika mereka tidak puas hati kerana masing- masing ada kelebihan tersendiri untuk meraih kemenangan.
"Bercakap tentang 40 peratus undian secara dalam talian dan 60 peratus pula oleh juri, sepatutnya para peserta patut ambil peluang itu untuk sentiasa mengongsi pautan undian kepada keluarga dan rakan- rakan agar mereka dapat mengundi.
"Kita berpandu dengan ketinggian undian masing- masing untuk melengkapkan markah yang sudah diberi oleh juri, kenapa harus tidak berpuas hati, bukan kah kita sendiri sudah tahu berapa undian masing- masing.
"Harus sadar bahawa markah yang diberi oleh juri belum mencukupi untuk melayakkan peserta menang jika tidak dikuatkan dengan undian dari penonton," katanya.
Rinnie ketika ditanya, adakah dia akan menyertai pertandingan seumpamanya lagi jika diberi peluang, dengan penuh yakin dia memberi jawapan akan menyertai lagi jika tidak ada halangan.
"Saya pasti akan mengikuti lagi pertandingan anjuran FH Production ini pada masa akan datang jika berpeluang.
"Pertandingan sebegini memang bagus untuk suri rumahtangga kerana ia dapat mengembangkan kriativiti dan dapat menimbah pengalaman," katanya mengakhiri perbualan.
Pada malam pertandingan Rennie yang dinobatkan sebagai juara keseluruhan menerima hadiah berupa wang tunai RM3000, mahkota, selempang, piala, jambangan bunga serta sijil penyertaan.
Dia juga turut merangkul dua lagi anugerah iaitu Lady's Of Friendly 2023 dan Lady's Of People Choice.
