Mohon maaf 24 jam atau semua penganjur terkesan

Image
Labuan: Pengasas dan Pengarah Urusan F Harmthon Production Sdn Bhd, Freddy Harmthon membuat satu laporan Polis mengenai tuduhan melibatkan nama dan syarikat di bawah kendaliannya yang dikatakan menipu seorang penyandang gelaran Lady’s Of Beautiful Body 2023, Queen Of FH Media, anjuran syarikat tersebut.

Terdahulu, finalis yang lebih dikenali sebagai Yana dalam bidang peragaan pakaian dan kecantikan itu tidak mahu memohon maaf atas tuduhannya yang diberikan kepada penganjur pertandingan itu, yang mengatakan pihak syarikat melalui Pengurusnya Freddy mengambil duit RM500 daripadanya untuk membolehkannya berada di top 10 pertandingan itu.

“Saya telah mengeluarkan kenyataan menerusi media online FH Media dan FH Cinema pada tengahari tadi dan menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku, dan memaklumkan kepada rakan-rakan bekas finalis yang masih ada di dalam ‘Group’ WhatsApp untuk memberikannya nasihat agar tampil memohon maaf secara terbuka untuk membersihkan nama syarikat, namun selang beberapa minit, beliau memuat naik status di Facebooknya untuk tidak akan meminta maaf.

“Oleh itu, saya buat laporan polis untuk menafikan tuduhannya dan membersihkan nama syarikat dan saya sendiri.
“Selain itu, saya turut meminta pihak Polis untuk menyiasat semua pertandingan fesyen dan kecantikan di Sabah, terutama sekali penganjur yang pernah memberikan gelaran kepada Yana.

“Saya tidak akan berdiam diri. Saya telahpun memberikan tempoh daripada Ahad sehingga kini, namun apa yang berlaku, sikapnya makin menjadi-jadi,” katanya.
Freddy turut memberi notis sehingga 24 jam daripada laporan polis dibuat iaitu pada 2.22 petang untuk bekas finalis itu tampil memohon maaf secara terbuka, atau kes ini dibawa ke mahkamah.

“Jika kes ini dibawa ke mahkamah maka semua penganjur pertandingan fesyen dan kecantikan akan turut terlibat dalam siasatan,” tegasnya.
Image

Contact Info

fhcinema79@gmail.com

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2026 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account