Kami hanya peniaga jalanan, kenapa mau buat aduan - DavidVidz Totorial

Image
Sesiapapun akan marah, dan sedih bila apa yang diusahakan hasil titik peluh sendiri hancur begitu saja apatah lagi akibat perbuatan terkutuk orang yang mempunyai perasaan hasad dengki dengan pencapaian orang lain.
 
Sama seperti Pelakon dan Perpengaruh Evid Tawasing atau DavidVidz Totorial yang terpaksa akur apabila beliau yang kini mengusahakan gerai makanan di tepi jalan Kopungit diberi amaran oleh pihak berkuasa tempatan untuk tidak menjalankan aktiviti menjual di kawasan tersebut.
 
Menurut David, Penguatkuasa tersebut dikatakan melakukan pemeriksaan selepas menerima aduan dari seseorang, dan memberikan amaran lisan kepada semua peniaga kecil yang berniaga di tepi jalan tesebut termasuk dirinya.
 

Langgan Tonton filem AVAKAS di FH Cinema. klik gambar untuk menonton. Hanya RM7 bagi satu tontonan. Jom sokong filem Sabahan

Image
“Sedih juga bila mendapat tahu ada yang membuat aduan kepada kami yang berjualan di tepi jalan ini. Kami bukan dapat untung besar pun.
 
“Bukan kami tidak minta kebenaran. Kami telah mendapat kebenaran daripada JKKK dan Penasihat Ketua Kampung Kopungit, dan mereka sudah memberikan kami tempat untuk berniaga.
 
“Kami sangka dengan adanya kebenaran itu, tiada masalah lain yang timbul tetapi semakin lama, kehadiran kami di sana semakin dipersoalkan termasuk mempersoalkan tentang lesen berniaga.
 

Bengkel Asas Mixing & Mastering dibuka kini dengan harga promosi

Image
“Bukan sekali dua individu itu membuat aduan tetapi banyak kali. Dan satu lagi, tapak tempat berjual itu adalah tanah hak milik kerajaan, jadi kenapa perlu membuat aduan kalau itu bukan tempat dia.
 
“Bila Nampak gerai kami mendapat sambutan, mula lah timbul rasa dengki orang-orang di sekitar kami.
 
“DBKK sendiri yang cakap dan saya tidak salahkan Penguatkuasa kerana mereka menjalankan tugas, tapi saya tidak berpuas hati dengan individu yang busuk hati, membuat aduan sedangkan tapak jualan itu telah diberikan oleh JKKK,” katanya.
 
Walaupun diberi amaran keras, Penguatkuasa tersebut memberikan kelonggaran kepada mereka untuk menghabiskan jualan dan cuba mendapatkan surat sokongan daripada JKKK atau Ketua Kampung dan seterusnya memohon lesen berniaga di kawasan terbabit.
 

Mau cari studio rakaman yang boleh bantu promosi dan penjualan album. FH boleh atur.

Image
“Perancangan saya sekarang adalah, mengikuti arahan DBKK dengan mendapatkan surat sokongan daripada JKKK atau Ketua Kampung, dan seterusnya memohon lesen berniaga di tempat ini.
 
“Jika kita buat benda yang baik segala kesulitan pasti ada jalan. Kami hanya bejual dan bukannya mencuri atau berbuat jahat. Jadi bagilah peluang kepada kami peniaga jalanan ini untuk teruskan kehidupan,”akhirinya.
 
Terdahulu, DavidVidz telah mula membuka gerai kecil menjual sarapan pagi dan makanan tidak halal di jalan Kopungit sejak tiga bulan yang lalu.

Mau cari studio rakaman yang boleh bantu promosi dan penjualan album. FH boleh atur.

Image
Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2026 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account