Alfian Aiman bergaya dengan kemeja batik moden Malaysia

Image
Segak dan tampan, itulah penampilan Penyanyi Alfian Aiman (tengah) ketika memperagakan pakaian Kemeja Batik Moden Malaysia.

Gambar-gambar pada sesi photoshoot bersama dua rakan iaitu Addin dan Faisal dikongsi di ruangan Facebooknya baru-baru ini menampakkan keindahan batik tersebut.

Menurut Alfian lagi ketika dihubungi, pada December 2023 beliau  terlibat untuk memperkenalkan tiga produk keluaran baharu seperti baju, kasut jenama Macerio dan cermin mata.

 

Nak baju ini? klik gambar untuk melanggan

Image
“Syukur rezeki yang telah diberikan. Selain masih aktif dalam bidang nyanyian, saya bersama dua rakan iaitu Addin dan Faisal kini di bawah sebuah syarikat permodela terkemuka di Kuala Lumpur.

“Tugas kami adalah memperagakan pakaian untuk dipromosikan dan dijual di gedung pakaian termasuk pasaran atas talian seperti Shopee dan Lazada,”katanya.

“Baru-baru ini juga kami memperkenalkan product kemeja batik moden yang melambangkan kesenian batik Malaysia untuk di ketegahkan ke negara jiran.

“Disamping memperkenalkan produk, kami juga membantu penjual membuat promosi produk mereka,” katanya.

 

Tonton Filem AVAKAS di FH Cinema dengan hanya RM7 bagi satu tontonan. Jom sokong filem Sabahan

Image
Dari sudut perkembangan seni, sungguhpun diikat kontrak bersama syarikat tersebut selama satu tahun, ia tidak menggangu perjalanan seni Alfian, dan single terbaharu akan keluar tidak lama lagi yang mana lagu tersebut adalah lagu kesepuluh nyanyiannya.

Ditanya tentang kualiti baju batik yang telah diperkenalkan, Alfian mengakui baju tersebut sangat selesa dipakai dan kainya tidak panas.

“Selesa lah. Sejuk dan nampak bergaya, segak kerana kebangaan rakyat Malaysia. batik salah satu produk yang, tidak boleh dilupakan untuk genarasi akan datang dan wajib ada setiap seorang,” katanya.
Image
Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2026 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account