Filem Namatai tiada karisma dan lemah -  KS

Image
Belumpun redah isu mengenai filem Namatai bakal disingkirkan untuk ditayangkan di seluruh Pawagam Kuala Lumpur, satu lagi isu mengenai dengan filem ini timbul apabila filem terbitan Bye Bye Go Production Sdn Bhd ini dikritik oleh Karyawan Square.
Dalam satu kenyataan di Facebook rasmi Karyawan Square, mereka terkilan selepas menonton filem terbabit di City Cineplex, City Mall Kota Kinabalu baru – baru ini.
 
Menurut kenyataan tersebut, kedua-dua watak utama dalam filem Namatai tidak berjaya mencipta mutu lakonan yang luar biasa, dan gandingan yang lemah (chemistry tak sampai).
 
 

Tonton filem di FH Cinema dan menang RM50,000.00 hadiah terkumpul. klik gambar untuk menonton filem

Image
Selain itu pengalaman yang kurang, penghayatan seperti membaca skrip pentas dan kelemahan sentuhan garapan oleh sutradara amat ketara.
 
“Watak-watak sampingan juga ada yang kurang berkesan, buang masa, mengganggu plot cerita utama dan membosankan walaupun ada kemunculan pelakon comic relief sebagai bonus serta olahan skrip tidak kemas.
 
“Banyak babak melibatkan watak Jepun, orang putih, orang tua dan kelab malam agak tenggelam timbul dalam filem set, static shoot dan non dramatic impact, serta garapan sangat lemah,” menurut kenyataan tersebut.
 

Langgan album Sodop Pitongkiadan - Freddy Harmthon dan menang RM50,000.00 hadiah terkumpul. klik gambar untuk langganan

Image
Turut disentuh mengenai dengan naskah naratif filem tersebut sangat bagus namun malangnya filem ini tiada karisma dan lemah untuk merasai sepenuhnya semangat ini.
 
”Seni bukan apa yang kamu lihat tetapi apa yang membuat orang lain melihatnya. Semoga anda dapat sentuhan ini,” karyawan Square dipetik sebagai berkata.
Image
Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2026 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account