
“Saya masih menyanyi,” kata Penyanyi Alfian Aiman ketika dihubungi kru penerbitan FH Cinema baru-baru ini.
Persoalan itu timbul apabila melihat ruangan Facebook milik penyanyi dari Kota Belud ini yang penuh dengan gambar-gambar yang memperagakan pelbagai jenis pakaian bersama rakan-rakannya.
“Gambar tersebut diambil sempena sesi “photosoot” untuk produk pakaian. Saya dan pasukan sebenarnya membantu para ‘seller’ untuk mempromosikan produk mereka, yang mana produk tersebut boleh didapati di platform pemasaran digital Lazada dan Shopee. Selain itu, produk itu juga boleh didapati di pusat membeli belah,” katanya.
Sungguhpun sibuk dengan jadual sebagai model pakaian, Alfian juga masih aktif dalam bidang nyanyian dan menerima undangan nyanyian.

Bagi mengimbangi karear nyanyian dengan permodelan, beliau perlu mengatur jadual dan membuat perancangan yang rapi agar semua perkara yang hendak dilakukan berjalan dengan lancar.
“Seperti baru-baru ini saya menerima undangan untuk membuat persembahan nyanyian dan model produk baju Kemerdekaan 2023.
“Sebelah siangnya saya dan rakan-rakan menjalani sesi penggambaran, dan sebelah malam pula saya memenuhi undangan nyanyian sempena ambang merdeka di Kuala Lumpur.

“kalau dikatakan penat, memang penat. Namun bagi saya penat macam mana, saya dan juga team akan buat yang terbaik.
“Apa sahaja kerja yang diberikan kepada kami, selagi kami diberikan kepercayaan, dan ada peluang rezeki, pasti kami akan usahakan sebaik mungkin,” katanya.
Alfian turut berterima kasih kepada pasukannya Agency Model Production dan rakan-rakan seperjuangannya yang sentiasa membantu menjayakan projek penggambaran produk seperti Faizal, Addin dan model yang pernah bekerjasama dengannya bagi keluaran produk 2023.
Terima kasih juga buat team Media iaitu FH Cinema dan FH Media yang sentiasa membantu dan mempromosi penggiat seni yang berada di luar Sabah,” akhirinya.



