Rekah
Publisher: Haikal Harith
Synopsis
Filem pendek ini mengisahkan tentang seorang perempuan yang hidup hanya bersama adiknya, dia hanya bekerja sebagai seorang tukang sapu di sesebuah syarikat. sepanjang perjalanannya ke tempat kerja sehinggalah habis bekerja, pelbagai peristiwa yang disaksikannya berlaku. Peristiwa-peristiwa tersebut amatlah berkait rapat terhadap isu-isu hak asasi manusia, selain memaparkan reaksi dan penerimaan kebanyakan masyarakat dalam menghadapi isu-isu tersebut. Isu-isu seperti kes rogol, isu kewarganegaraan, penyalahgunaan wang dan kuasa oleh pihak atasan kepada rakyat, penindasan sosial terhadap masyarakat miskin, konflik yg membawa peperangan di antara negara, rasisme dan diskriminasi agama dipaparkan di dalam setiap babak peristiwa. Filem pendek ini bertujuan untuk memberi kesedaran terhadap masyarakat mengenai isu-isu hak asasi manusia yang sedang berlaku di dunia pada hari ini khususnya di Malaysia, dan berfikir serta mula membuat perubahan bermula daripada diri seterusnya terhadap masyarakat bagi mengubah dan menyelesaikan masalah-masalah ini.
| Category | Short Film Awards |
| Genre | No Genre |
| Time Limit | 14 Minutes |
| Total Viewer | 0 |
