Dato Sagor
Dato’ Sagor, atau Ngah Kamdin, merupakan salah seorang pahlawan Perak yang memainkan peranan penting dalam penentangan terhadap penjajahan British semasa Perang Perak (1875–1876). Penentangan terhadap Residen British pertama di Perak. Ianya berlaku akibat pelaksanaan sistem Residen yang mencabar kuasa dan tradisi tempatan. Birch telah dilantik oleh pihak British pada tahun 1874 selepas termeterainya Perjanjian Pangkor yang memberikan kuasa kepada Residen British untuk mengurus hal pentadbiran negeri Perak, terutamanya kutipan cukai. Antara punca penentangan pengabaian adat dan kuasa tempatan, Birch tidak memahami adat resam dan sistem pemerintahan tradisional di Perak. Beliau menghapuskan peranan pembesar Melayu dalam kutipan cukai, menyebabkan mereka kehilangan sumber pendapatan dan kuasa. Pelaksanaan sistem cukai british dan pengenalan cukai baru oleh pihak british tanpa persetujuan pembesar dan rakyat tempatan menimbulkan kemarahan. Penduduk kampung tertekan dengan cukai yang dianggap membebankan.
Pihak British juga menggunakan kekerasan dan paksaan dalam mengutip cukai. Pada tahun 1875, Mesyuarat sulit diadakan antara Dato’ Maharajalela, Dato’ Sagor, Sultan Abdullah dan pembesar lainnya untuk membincangkan tindakan terhadap Birch. Sultan Abdullah merasakan dirinya kehilangan kuasa akibat campur tangan British, Beliau memberikan sokongan moral kepada usaha untuk membunuh birch, Hasil perbincangan itu, keputusan diambil untuk membunuh Birch ketika beliau berada di Pasir Salak. Dato’ Sagor mula membuat persiapan senjata untuk membunuh birch. Pada 2 November 1875, Birch ditikam hingga mati ketika mandi di Sungai Perak berhampiran kawasan tersebut oleh seorang hulubalang bernama Sepuntum.
Kematian Birch menyebabkan tindak balas keras daripada pihak British antaranya serangan terhadap penduduk pasir salak. British melancarkan operasi ketenteraan untuk menumpaskan pemberontakan. Penduduk kampong diseksa, Kampung-kampung dibakar, dan ramai penduduk ditangkap. Penduduk dipaksa membayar cukai secara langsung kepada pentadbir British, diiringi ugutan dan kekerasan bagi memastikan tiada penentangan lanjutan. Akhirnya, Dato’ Maharajalela, Dato’ Sagor, dan beberapa pembesar lain ditangkap dan dihukum mati di depan khalayak ramai kerana terlibat dalam pembunuhan Birch.
| Category | New Release |
| Genre | Action |
| Time Limit | 65 Minutes |
| Total Viewer | 6 |
