Chasing Raindrops
Sebuah kisah tentang Fazanda, seorang lelaki marhaen yang tidak sengaja bertemu dengan seorang gadis misteri bernama Jenny di sebuah perhentian bas ketika hujan lebat. Pertemuan demi pertemuan telah mencipta satu ikatan yang ikhlas dan penuh makna antara mereka. Namun, sesuatu tentang pertemuan mereka terasa aneh dan seakan-akan tidak nyata. Adakah hubungan yang terjalin ini akan berakhir dengan kebahagiaan, atau takdir sedang membawa mereka menuju satu kebenaran yang penuh duka? Dan siapakah sebenarnya Jenny? Seorang gadis yang hadir bersama hujan, dan menghilang sebelum langit kembali cerah?
Chasing Raindrops tercalon dalam FH Cinema Awards 2026. Jika anda inginkan filem ini menang dalam acara gilang gemilang ini, undi filem ini dengan cara menonton hanya RM5 dan dapatkan cabutan tiket bertuah berupa tiket menyaksikan secara langsung FH Cinema Awards 2026 pada 16 Mei 2026. atau anda juga boleh mendapatkan tiket menonton dengan hanya RM20 (harga diskaun) di sini: Tiket Siaran langsung FH CInema Awards 2026
| Category | Short Film Awards |
| Genre | Love story |
| Time Limit | 15 Minutes |
| Total Viewer | 0 |
