FH Academy Bantu Pelajar Kuasai Asas Videografi dan Editing

Image
KOTA KINABALU – Seramai 16 orang pelajar dari Kelab TVPSS, SM La Salle Tanjung Aru telah menyertai satu Bengkel Asas Videografi dan Suntingan Video yang berlangsung selama setengah hari, pada Sabtu.

Bengkel ini telah dianjurkan oleh pihak sekolah dengan menjemput FH Academy, sebuah organisasi di bawah syarikat F Harmthon Production Sdn Bhd, bagi memberikan pendedahan awal kepada pelajar dalam bidang penghasilan kandungan video.
 
Image
Sepanjang bengkel berlangsung, para pelajar telah didedahkan dengan asas videografi, termasuk teknik rakaman yang betul, sudut kamera, serta pemahaman asas dalam menghasilkan visual yang menarik. Selain itu, pelajar turut mempelajari asas suntingan video menggunakan aplikasi CapCut, yang kini semakin popular dalam kalangan pencipta kandungan digital.

Lebih menarik, kesemua peserta bukan sahaja mempelajari teori, malah diberikan peluang untuk menghasilkan video pendek mereka sendiri serta melakukan proses suntingan secara praktikal. Hasilnya, walaupun pada peringkat awal ramai dalam kalangan mereka yang tidak mempunyai pengalaman dalam editing video, namun di akhir bengkel, mereka berjaya menghasilkan video yang kreatif dan sangat membanggakan.

Bengkel ini telah disampaikan sendiri oleh Pengarah F Harmthon Production Sdn Bhd, Freddy Harmthon, yang berkongsi pengalaman serta ilmu asas dalam industri kreatif kepada para pelajar.
 
Image
"Saya rasa bangga terhadap komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh para pelajar sepanjang program berlangsung, serta percaya bahawa mereka mempunyai potensi besar untuk terus berkembang dalam bidang ini," kata Freddy.

Sehubungan itu, Freddy turut mengalu-alukan jemputan daripada mana-mana sekolah, institusi atau organisasi yang berminat untuk mendapatkan khidmat latihan atau bengkel dalam bidang videografi dan suntingan video.

"Pihak FH Academy turut membuka peluang kerjasama kepada mana-mana sekolah atau institusi yang berminat untuk menganjurkan program seumpama ini, termasuk melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan kos minimum," katanya lagi.


Image
Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2026 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account