
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong Jamawi Jaafar sebentar tadi menzahirkan rasa teruja apabila melihat kehadiran penonton yang menonton filem Namatai di Hall 1 dan Hall 2, Pawagam Ocean Cinema, Keningau diluar jangkaan.
Ciapnya dalam ruangan Facebook, lebih 200 penonton membanjiri pawagam berkenaan untuk menonton filem Namatai.
“Filem ini membawa kisah kepelbagaian etnik, sosio budaya, adat anak negeri, keindahan alam, semangat patriotik dan pelbagai citra Sabahan, yang di garap dengan baik oleh Pengarahnya Marlin Brando.

“Walau ada juga kekurangan beberapa aspek, saya boleh bagi 8/10 apa bila menonton filem ini.
“Difahamkan filem ini disambung seminggu lagi tayangannya, dan saya syorkan yang belum menonton, untuk luangkan sedikit masa menonton bersama keluarga. Memang tidak mengecewakan anda.
“Tahniah Saudara John Samud, Penerbit Filem, Pengarah dan semua Krew yang terlibat. Perjalanan hidup ini semuanya bermula dengan langkah yang pertama,” kongsinya.


