Buaya Muara Beringis sedia menyambut kehadiran pengunjung leka

Image
Sebut sahaja nama Muara Beringis pasti ramai kaki pancing tahu akan tempat ini, di mana Muara ini dikatakan antara salah satu lubuk ikan yang ada di Papar, Sabah. Namun jangan terlalu gairah untuk memancing atau menjala ikan di sini kerana ada bahaya menanti anda.

Menurut warga yang ada di kawasan ini dan yang selalu memancing di kawasan ini, selain lubuk ikan, tempat tersebut jua adalah lubuk buaya.
 
Sungguhpun telah viral bahawa kawasan terbabit adalah menjadi lubuk buaya, namun masih ramai orang luar berpusu-pusu untuk datang memancing di kawasan tersebut.
 
Menurut pengguna Facebook Odie Stunter, beliau sangat terkejut apabila melihat beberapa keluarga turun sampai di air membawa anak-anak mereka untuk memancing.
Image
“Saya sempat menegur beberapa individu dan keluarga, namun susah juga memantau semua sebab makin lama makin ramai orang yang datang terutama Sabtu dan Ahad.
 
“Saya ingatkan kepada orang luar yang datang memancing di Muara Beringis, tolong jangan biarkan anak-anak kamu bermain di air, sangat bahaya. Buaya di Beringis banyak. Jangan benda sudah jadi baru mahu menyesal.
 
“Orang luar yang merancang untuk memancing di Muara ini, sila ambil perhatian. Orang Beringis sendiri tidak berani turun sampai di bawah air, inikan lagi bawa anak-anak,” ciapnya.
 
Dalam perkongsiannya itu, ramai warga net yang kemungkinan pernah datang ke sana atau warga Beringis, mengakui Muara itu adalah lubuk buaya.
 
“Ui berani diorang sampai ke tepi-tepi begitu. Sedangkan ramai sudah yang gambar buaya di sana, besar-besar lagi,” pengguna Facebook Heldrey Ezra II.
 

Streaming Channel For Rent

Image
“Dulu 2009-2014 bila memancing di beringgis, mesti nampak buaya. Pernah satu kali casting pakai umpan palsu dapat ikan, sekali itu buaya sambar terpaksa kasi putus tali pancing nda dia mau kasi lepas,” pengguna Facebook Rassik General.
 
“Bahaya ni sungai. Selalu saya nampak anak-anak buaya yang kecil, bukan biawak lah. Jadi faham-faham la kalau ada anak-anak dia tu,” pengguna Facebook SaFri Sharil.
 
“Di sini banyak buaya-buaya besar. Saya pernah Nampak dan sudah ada kes di sini orang diserang dan mengalami kecederaan tetapi tidak dihebohkan ceritanya. Satu lagi kes diserang buaya tetapi sempat menyelamatkan diri. Waktu malam, buaya ini menyambar masa orang melompat dari bot ke jeti, di jeti Ara Dinawan,” kongsi pengguna Facebook Dewalter Vitus.

Tonton filem di FH Cinema dan Menang RM 50,000.00. klik gambar untuk menonton filem

Image
 
Pengguna Facebook Genji Naragas turut mengakui kehadiran buaya ketika memancing di kawasan tersebut sekitar jam 10, ketika air mula pasang.
“Siok-siok casting, tiba-tiba dia ada di depan. Nasib saya teliti, hampir juga terkena,” ciapnya.
 
Dalam ruangan komen perkongsian tersebut, ramai warga net yang menyarankan agar papan tanda tentang bahaya buaya diletakkan di kawasan tersebut bagi memberikan peringatan kepada orang luar yang tidak tahu tentang kewujudan buaya di kawasan tersebut.
 
 
 
Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2026 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account