Filem Namatai catat jualan teratas filem terbitan Sabah

Image
Membuka tirai tahun baharu 2024, Filem Namatai menjadi filem tertinggi menjadi perhatian warganet. Apa tidaknya, selepas sahaja penayangan pertama filem ini pada 28 Disember 2023 di Pawagam seluruh Negara, pelbagai reaksi penonton membuat penilaian terhadap filem tersebut menghangatkan suasana industri seni kreatif di negeri Sabah. Ada antara mereka mengkritik secara terbuka, dan tidak kurang juga yang memberikan sokongan serta pandangan masing-masing dari sudut positif dan negatif.

Filem ini bertambah panas lagi apabila Pengarah filem dan drama terkenal Tony Francis Gitom membuat kenyataan terbuka di media sosial melalui Facebook rasmi Karyawan Square, mengenai pandangan jujurnya terhadap filem Namatai dan menyebabkan perasaan kurang senang pelbagai pihak.
 

tonton filem di FH Cinema dan menang RM50,000.00 hadiah terkumpul. klik gambar untuk menonton

Image
Dalam suasana tegang dikalangan warganet yang membincangkan isu ini, John Samud yang juga sebagai Penerbit filem Namatai, amat menghargai teguran yang diberikan kepada filem terbabit dan mengakui masih baharu, serta masih kurang ilmu dalam bidang perfileman.

“Saya sebagai penerbit filem Namatai, sentiasa terbuka menerima teguran, namun biarlah teguran itu berasaskan ilmu filem, membina dan memberi motivasi.

“Banyak cara kita menegur. Teguran boleh pedas dengan tujuan beri kesedaran dan pembelajaran. Kita boleh saja elakkan teguran yang boleh menjatuhkan maruah dan memalukan seseorang, tapi itulah manusia rambut sama hitam hati siapa yang tahu.

 

Tonton filem Namatai di Pawagam berdekatan anda

Image
“Tidak apa lah. Sebagai penerbit, saya mohon maaf jika filem Namatai ini tidak sebagus seperti yang diharapkan. Bagi saya peluang, dan motivasi untuk saya menghasilkan filem yang lebih baik dimasa akan datang.

“Bagi yang sudah menonton dan bercadang menonton, saya ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan anda semua,” katanya.

Menurutnya, filem Namatai kini mendapat sambutan yang memberangsangkan dan mampu bersaing dengan filem besar yang ditayangkan serentak, serta mendapat pujian daripada Perbadanan kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Selain itu katanya, Namatai antara filem terbitan Sabah yang mendapat pungutan teratas setakat ini.
Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2026 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account