Namatai: Selami isi tersurat dan tersirat pandangan saya itu – Tony Francis Gitom

Image
Kenyataan media yang dikeluarkan di Facebook rasmi Karyawan Square baru-baru ini mengenai filem Namatai, dan telah disiarkan di FH Cinema heboh diperkatakan di media sosial.

Ramai yang tertanya-tanya siapakah Karyawan Square serta mempersoalkan kelayakan mereka untuk komen pedas mengenai filem tersebut. Ada antara mereka ingin melihat filemnya dan berapa karya yang telah dia terbitkan serta pungutan jualan tiket.

 
Image
Menurut satu kenyataan rasmi daripada Pengarah Filem dan Drama terkenal Tony Francis Gitom, kenyataan tersebut adalah kenyataan peribadi beliau dan tidak ada kena mengena dengan Karyawan Square.

Ciapnya, pandangannya itu bukan bertujuan untuk mematikan langkah tapi beliau berharap agar apa yang tersirat dan tersurat dalam pandangannya itu diselami.

Sebagai rekod, Tony Francis Gitom telah terlibat dalam dunia perfileman dan drama di era 90an di mana beliau telah mengarahkan drama bertajuk Selamat Hari jadi Su I (1996), drama bersiri Cinta Korporat (1996), dan Cinta Antara Benua (1997), menerbitkan banyak telefilem serta salah seorang mentor dalam industri perfileman di Sabah.

Karya beliau turut mendapat sambutan yang luar biasa apabila meraih kutipan lebih daripada 100,000 naskah DVD telefilem bertajuk Atukoi Mokirayou, satu ketika dahulu.

Tonton filem di FH Cinema dan menang wang tunai RM50,000.00

Image
Image
Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2026 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account