
Rentetan cerita mengenai hasrat sebuah syarikat Penerbitan dan Pengedaran Filem untuk menaja pasukan bola sepak Sabah FC yang telah disiarkan di FH Cinema baru-baru ini, ramai penyokong pasukan tersebut mengharapkan hasrat itu dapat direalisasikan.
Sungguhpun dalam artikel yang lepas menyatakan belum ada perbincangan dibuat, namun desas desus yang mengatakan Sang Badak mempunyai masalah tunggakan gaji pemain, telah menyebabkan penyokong pasukan yang kini menghuni di tangga kelima Liga Super ini mahukan agar perkara tersebut disegerakan untuk membolehkan Sabah FC terus bersemangat mengekalkan momentum kemenangan dalam baki perlawanan Liga Super dan Piala AFC.
Menurut Pengasas dan Pengarah Urusan syarikat tersebut, Freddy Harmthon (FH) ketika dihubungi, beliau mengakui telah dihubungi oleh Timbalah Setiausaha Persatuan Bola Sepak Sabah setelah beliau menghantar surat rasmi mengenai hasrat syarikatnya.
“Mereka meminta saya untuk ke pejabat Persatuan tersebut di Likas namun saya tidak dapat hadir kerana kini bertugas di Labuan dan agak susah untuk berjumpa dengan mereka diwaktu pejabat.
“Saya ada memaklumkan untuk membuat perbincangan atas talian namun mereka ingin berbincang secara bersemuka,” katanya.
Ujarnya, beliau yang akan bercuti di Kota Kinabalu pada pertengahan Disember 2023, memaklumkan akan mengambil ruang untuk berjumpa dengan pihak pengurusan pasukan tersebut bagi membincangkan secara tuntas mengenai kaedah yang menguntungkan kedua – dua pihak.
“Belum ada perbincangan dibuat. Kami hanya berbincang untuk tarikh perbincangan tersebut. Jadi saya harap kita semua bersabar dan menunggu keputusan yang baik daripada kedua - dua pihak.
“Apa yang penting, kita cuba bantu mana yang boleh untuk memastikan pasukan kita kekal bersemangat tanpa tekanan,” tambahnya.
Terdahulu Freddy melalui syarikatnya F Harmthon Production Sdn Bhd menyatakan hasrat untuk menaja pasukan Sabah FC bernilai satu juta ringgit jika jualan filem yang ada di dalam Platform Pemasaran filem dan Muzik FH Cinema, milik syarikat tersebut melebihi sasaran yang telah ditetapkan.
“Dalam masa ini, saya berharap kepada semua penyokong bola sepak Sabah FC agar terus menyokong pasukan ini dengan hadir ke stadium apabila ada perlawanan agar pasukan ini mendapat dana daripada jualan tiket.
“Selain itu, saya juga berharap agar semua penyokong dapat melanggan filem dan muzik yang ada di dalam platform digital FH Cinema (https://fhcinema.com.my/), agar sasaran kita dapat dicapai. Lebih cepat sasaran kita tercapai, maka lebih cepat proses penajaan berjalan. Hanya RM5 dan RM3 untuk sebuah filem, termasuk album muzik.
“Dan untuk makluman semua, semua yang melanggan filem dan muzik di FH Cinema juga bakal mendapat cabutan tiket bertuah berupa wang ringgit sehingga RM50,000.00 keseluruhan dan pelbagai barangan lain,” Katanya.
Untuk melanggan filem, daftar dan log masuk, dan klik link ini untuk langganan filem
Untuk melanggan album muzik, klik link di bawah
untuk melanggan filem yang kini berentap dalam festival filem, boleh klik link di bawah
https://fhcinema.com.my/music?terms=&category%5B%5D=5
Sebagai rekod, platform digital pemasaran filem dan muzik FH Cinema adalah milik syarikat F Harmthon Production Sdn Bhd yang kini memasarkan lapan buah filem, 91 buah filem yang bersaing dalam festival filem, dan tiga buah album.
Sebagai rekod, platform digital pemasaran filem dan muzik FH Cinema adalah milik syarikat F Harmthon Production Sdn Bhd yang kini memasarkan lapan buah filem, 91 buah filem yang bersaing dalam festival filem, dan tiga buah album.
