Pelantun lagu “Ganit Winonsoi Nu” bercerai

Image
Usia perkahwinan baharu dua tahun lebih, namun kini Penyanyi Kamaliah Sandra Jamulin terpaksa menelan pahit dalam hubungan selepas beliau kini terpaksa bercerai dengan suaminya.

Menurut Sandra ketika dihubungi FH Media baru-baru ini, selepas banyak berkongsi kata-kata kecewa di media sosial, beliau akui kini tidak lagi sebumbung dengan suaminya.

“Saya tidak sangka orang yang saya sayang dan cinta boleh curang dengan kawan saya sendiri. Saya baru tahu perkara ini yang mana hubungan mereka sudah satu tahun lebih.

“Saya terlalu bodoh kerana tidak mengetahui perkara ini. Saya benar-benar tidak menyangka diorang sanggup buat saya macam ini.

“Patutlah selama ini, kalau setiap kali bergaduh dia akan cakap cerai dan kini Tuhan sudah bagi petunjuk kepada saya dan kabulkan doa saya selama ini,” katanya.

Menurut pelantun lagu “Ganit Winonsoi Nu” ini, kini beliau tinggal seorang diri manakala suaminya telah lari dari rumah dan membawa semua barang-barangnya.

“Dia sanggup biarkan saya kerana perempuan itu, padahal saya tunggu dia pulang. Sudah cukup saya bersabar, kalau ya pun mahu cari perempuan lain dia boleh cakap sama saya untuk berpisah dengan cara baik,” tambahnya.

Sandra mengakui cukup sakit hati dengan apa yang berlaku, sehinggakan beliau tidak lalu makan dan tidak boleh tidur memikirkan hal tersebut.

“Masuk hari ini (ketika beliau dihubungi) sudah tiga hari saya tidak makan, dan empat hari belum tidur. Saya paksa tidur tapi tidak mampu kerana hati saya betul-betul sangat sakit.

“Sungguhpun perkara itu sangat menyakitkan, namun saya terpaksa merelakan dan ikhlaskan apa yang mereka lakukan terhadap saya.

“Terima kasih kepada rakan-rakan terutama sekali group Rungus yang kini bersama-sama saya di Australia, kerana selalu bersama saya ketika saya perlukan sahabat dalam kesedihan, ujarnya.

Ketika ditanya mengenai dengan keluar di kampung, Sandra memberitahu bahawa keluarganya sudah dimaklumkan tentang perkara tersebut dan ibu bapanya menyerahkan keputusan di tangan Sandra.
Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2026 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account